SeLaMaT DaTaNg Ke BaKerY EiTa'S KiTcHeN

SeLaMaT DaTaNg Ke BaKerY EiTa'S KiTcHeN

Thursday, December 22, 2011

PAVLOVA

Apa dia Pavlova ni?




Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts